Wednesday, 22 January 2020

Kepentingan & Jenis-Jenis Air

Manusia sangat memerlukan kepada air dan 2/3 daripada bumi dilitupi dengan air. Malahan 70% daripada badan manusia terdiri daripada air. Jadi air sangat penting kepada sistem badan manusia. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem pengaliran darah tidak lancar dan akan menjadikan seluruh organ tidak mendapat oksigen dengan kadar yang mencukupi. Apabila seluruh organ tidak dapat kadar oksigen yang mencukupi, maka proses untuk setiap organ bekerja akan menjadi sukar dan lambat. Contohnya otak. Jika otak tidak mendapat oksigen yang dikehendaki, setiap pekerjaan seseorang itu akan menjadi lambat dan kucar-kacir. Memang tidak dapat dinafikan bahawa air merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian manusia.
 
Image result for water

Antara kepentingan air dalam diri manusia ialah :
1. Mengawal suhu badan.
2. Melancarkan perjalanan darah.
3. Membantu bawa nutrien dan oksigen ke seluruh tubuh badan.
4. Membantu penyerapan oksigen.
5. Mengawal geseran sendiri.
6. Menyingkirkan bahan buangan.
7. Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
8. Melindungi dan melapisi organ penting.


Terdapat banyak lagi kepentingan air dalam kehidupan manusia selain daripada yang penulis senaraikan di atas. Selain daripada kepentingan air, terdapat juga jenis-jenis air yang telah ditetapkan oleh Islam mengikut beberapa kategori. Ianya adalah bertujuan supaya manusia mendapat air yang bersih dan tidak tercemar serta suci untuk kegunaan harian.

Antara jenis air tersebut ialah :

1. Air Mutlaq

Image result for Air mutlak

Menurut Syeikh Abu Abdullah Hussin Nasir Bin Muhammad Taib dalam kitabnya Hidayatul As-Subyan mengatakan bahawa :

“Tiada sah mengangkat hadas dan menghilangkan najis melainkan dengan air yang mutlak iaitu tiap-tiap air yang suci daripada qaid yang lazim seperti tebu, gula, sabun dan umpamanya, dan iaitu tiap-tiap air yang turun daripada langit seperti hujan dan embun atau air yang keluar daripada bumi seperti air laut, air sungai dan air telaga. Maka sekelian itu suci dirinya dan suci bagi yang lainnya atas barang apa sifat adanya.”

Secara ringkasnya maksud air mutlaq ialah air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan yang lain. Air mutlaq adalah air yang belum bercampur dengan najis, air takungan yang lebih dari dua kolah dan air yang tidak digunakan lagi dan tidak bercampur dengan zat-zat yang lain. Jenis-jenis air yang terdapat dalam bahagian air mutlaq ialah air sungai, air perigi, air hujan, air embun, air laut, air salji,air mata air dan air paip.

Sukatan dua kolah : Panjang = 60 cm (22.5 inci). Lebar = 60 cm (22.5 inci). Dalam = 62.5 cm (25 inci).

Ukuran timbangan atau sukatan : Liter = 174 liter. Kilogram = 190 kilogram. Kati = 317 kati. Tin minyak tanah = 11 tin

2. Air Mustakmal

Image result for Air Musta'mal

Menurut Ibnu Akhil di dalam kitabnya yang berjudul Zadul Al-Mutaalim mengatakan bahawa :

“Air mustakmal adalah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada wuduk dan mandi atau air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.”
Secara ringkasnya air mustakmal ialah air yang telah digunakan, seperti air bekas mandi, air bekas wuduk, air bekas basuhan dan seumpamanya. Air mustakmal tidak sah dan tidak suci digunakan untuk menyucikan yang lain.



3. Air Mutannajis

Image result for Air Mutannajis

Air mutannajis ialah air yang bercampur dengan najis. Ada beberapa ketetapan mengenai air mutannajis iaitu :

# Air yang mengandungi najis kurang dari dua kolah, sekalipun air itu tidak berubah warna, bau dan rasa. Maka hukum air itu adalah mutanajis dan tidak sah untuk bersuci.

# Bila air melebihi dua kolah, tetapi air tersebut berubah warna, bau dan rasa disebabkan najis. Maka air itu dinamakan air mutannajis dan tidak sah digunakan untuk bersuci.

# Air dicampuri barang yang tidak najis, tetapi mempunyai warna, bau dan rasa pada air tersebut, maka air itu tidak sah digunakan untuk bersuci.



4. Air Musyammas

Image result for Air Musyammas

Menurut Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di dalam kitabnya Matla Al-Badrain mengatakan bahawa :

“Air musyammas suci lagi menyucikan tetapi makruh isti’mal (menggunakannya) pada badan orang yang takut terkena penyakit sopak. Air Musyammas adalah yang berkekalan tetapnya dan ia dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas di dalam bekas (bejana).”

Secara ringkasnya air musyammas ialah air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas. Air ini suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci.



5. Air Muqayyad

Image result for Air Muqayyad

Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlaq lagi. Contohnya air mawar, air kopi, air tebu, air sabun dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua :

# Qayyad Lazim iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.

# Qayyad Musfaq iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka air tersebut masih lagi dinamakan sebagai air mutlak.

Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air muqayyad yang membawa pengertian air bervariasi. Kesimpulannya air muqayyad ialah air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. Contohnya air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

Black Hole Dalam Perigi

Seorang seniman terkenal di India, Anish Kapoor mencipta karya seni unik yang tiak pernah kita terfikir. Karyanya merupakan sebuah pemasangan yang mempunyai daya tarik tinggi, yakni berbentuk pusaran air di dalam bilik yang memainkan tanpa asas.



Pemasangan itu disebut dengan 'Descension'. Sebuah lubang di lantai yang mengandungi pusaran air hitam. Menariknya, pusaran air itu dibuat seakan terus berputar tidak berhenti dan tidak pernah sampai dasar. Kemudian disekeliling lubang pusaran air tersebut dipasang pagar untuk memudahkan pengunjung yang melihatnya dari dekat.

Karya seni Anish Kapoor tersebut dipamerkan dalam acara Kochi-Muziris Biennale. Sebuah acara pertandingan seni akbar yang melibatkan 94 artis, iaitu para seniman India dan antarabangsa dari 30 negara. Pada acara itu para seniman mempamerkan karya mereka di pelbagai media seperti filem, pemasangan, lukisan, patung, dan juga seni persembahan. Berlangsung selama 108 hari, mulai tarikh 12 Disember 2014 hingga 29 Mac 2015.





DIY Tayar Terbuang

Kreatif!! Sekiranya anda mempunyai daya pemikiran yang kreatif seudah tentu banyak duit yang anda dapat jimatkan dalam menghias rumah anda. Jika kita pergi ke kedai-kedai yang menjual tyar, kita dapat melihat banyak tayar-tayar terpakai yang dilonggokkan untuk dibuang.

Image result for old tire

Jika anda kreatif dan rajin untuk bekerja atau mengubah sesuatu, beberapa idea dibawah ini mungkin boleh membantu anda menggunakan semula tayar-tayar anda yang sudah tidak boleh dipakai.

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK





 2. Pasu Bunga




3. MEJA KACA





4. SINKI





5. BUAIAN





6. SOFA ANGIN


Image result for sofa from tire



7. BAKUL GETAH






8. PASU BUNGA KREATIF





9. SOFA GETAH


Maksud Paedophilia

Benda ni memang serius, memang sangat penting untuk para ibu dan ayah  diluar sana untuk mula ambik tahu kenapa dan mengapa perkara ini terjadi ..

Apakah itu Paedophilia ?

Pedophilia or paedophilia is a psychiatric disorder   in which an adult or older adolescent experiences a primary or exclusive sexual attraction   to prepubescent children, generally age 11 years or younger. As a medical diagnosis  , specific criteria for the disorder extends the cut-off point for prepubescence to age 13. A person who is diagnosed with pedophilia must be at least 16 years of age; adolescents must be at least five years older than the prepubescent child for the attraction to be diagnosed as pedophilia.

Ini maksud yang telah dijelaskan dari sumber wikipedia. Maksudnya disini, Paedophilia itu adalah satu jenis penyakit psikiatri di mana golongan ini tertarik dengan budak-2 , secari zahirnya golongan ini sukakan budak-2, namun ianya menjadi extreme bilamana mereka tidak boleh mengawal keinginan nafsu mereka terhadap kanak-kanak.

Image result for Paedophilia

Betul, ramai ibu-bapa diluar sana yang tidak tahu maksud Paedophilia, Sekali dengar bunyi macam keju. Tapi ini lah realitinya yang ibu-bapa kena tahu ..

Sedih bila di Malaysia, kurangnya pengetahuan mengenai masalah ini, Bagi mereka perkara ini tidak wujud dan tidak masuk akal untuk mencabuli anak kecil yang polos.

Tapi tahukah kita kemana perginya anak yang diculik, Hilang di taman permainan, dan sampai ada kanak-kanak yang meninggal hanya kerana ibu-bapa tidak alert mengenai masalah ini.

Golongan Paedophilia ini sukakan anak-anak yang comel, polos, yang boleh menaikkan nafsu mereka.
Kanak-kanak biasanya akan dipujuk diberi makan seperti gula-gula dan coklat untuk mengikuti golongan ini, Seterusnya akan diberi ancaman sekiranya mereka memberitahu kepada ibu-bapa mereka.


Image result for Paedophilia

Wahai para ibu-bapa, jangan sesekali percaya pada orang luar. Kita tidak pernah tahu jika ada di antara ahli keluarga yang menghidapi penyakit ' Paedophillia ' kerana pada luarannya, golongan ini seakan normal tanpa sebarang masalah.

Dimension penglihatan orang normal dengan golongan Paedophillia ini jauh berbeza. Bagi kita yang normal, kita melihat kanak-kanak itu sungguh comel telatahnya, dan ingin dicubit-2 pipinya kerana geram .
Namun berlainan pulak dengan si ' Paedophillia ' ini, Mereka melihat aksi kanak-kanak itu sebagai pemuas nafsu mereka walaupun pada mata kasar kanak-kanak tersebut hanya bermain sendirian.

Jadi, apa tunggu lagi para ibu dan ayah , pergi google pergi baca mengenai penyakit ' Paedophillia ' ini untuk lebih faham dan tahu.

Berhati-hati bila update status or share gambar anak-anak korang tu . I know, semuanya comel-2 belaka, tapi siapa yang tahu ada golongan 'paedophillia' yang menjadi rakan media anda dan seterusnya telah mencuri privacy gambar anak-anak anda menjadi bahan koleksi pemuas nafsu.

Jangan ambil mudah perkara ini. Sebelum menjadi parah, lebih baik mencegahnya.

Ayuh kita tingkatkan kesedaran demi kepentingan anak-anak kita ..

Image result for good family

10 Benda Yang Tidak Terbeli Dengan Wang

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Image result for money

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit

1. Masa

Image result for masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.




2. Kebahagiaan

Image result for happiness

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.



3. Kebahagiaan Anak

Image result for happiness kids

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.



4. Cinta

Image result for love

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.



5. Persahabatan

Image result for friendship

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.



6. Kesihatan

Image result for health

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .



7. Kejayaan

Image result for success

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.



8. Bakat

Image result for talent

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.



9. Sikap yang baik

Image result for kindness

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
 


10. Kedamaian

Image result for peace

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Jenis Duit Syiling Lama

Sebelum ni aku ada kongsikan koleksi duit kertas pertama Malaysia, dan koleksi duit kertas sebelum dan selepas merdeka...hari ni aku nak kongsikan gambar duit syiling malaysia yang di buat sempena peringatan hari-hari yang mempunyai sejarah tersendiri..jom tengok..

Duit syiling RM 1 seratus tahun getah asli Malaysia





Duit RM 1 tahun hijrah 1401 





Duit syiling RM 1 DYMM SPB Tuanku Ismail Nasaruddin Shah




Duit syiling RM 1 Ninth Southeast Asia Games, Kuala Lumpur




Duit syiling RM 1 Ulang Tahun Ke 25 KWSP Malaysia 1979





Duit syiling Rm 1 Rancangan Malaysia Ke 5 tahun 1986-1990





Duit syiling Rm 1 Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980




Duit syiling RM 1 35th Annual Conference April 9-16 1986




Duit syiling Rm 1 Malaysia keluaran tahun 1971




Duit syiling RM 1 Rancangan Malaysia Keempat, Tun Hussein Onn 1985




Duit syiling RM 1 25 tahun Merdeka, Tunku Abdul Rahman Putra (1957-1982)




Duit syiling Rm 5, Sukan Asia Tenggara ke XV 1989, Kuala Lumpur




Duit syiling RM 1 , sempena 30 tahun Merdeka