Tuesday, 21 January 2020

5 Tempat Perkuburan Barang

1. Perkuburan Kapal Terbang - Arizona, USA


Tempat ini terletak berdekatan dengan Davis Monthan Air Force Base di Tuscon, Arizona. Bagi anda yang pernah melihatnya, saiz keluasannya sangat besar dan sukar untuk ditentukan. Malah, ketepatan kapal terbang ini diletakkan juga amat mengagumkan. Bagi anda yang tidak tahu, sesetengah kapal terbang ini boleh digunakan semula sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan kembali. Kawasan ini merupakan kawasan tarikan pelancong yang sangat popular di Gurun Arizona.


2. Perkuburan Kereta Api - Bolivia


Di barat daya Bolivia, terletaknya tempat di mana ia kelihatan seolah-olah segala lokomotif lama di negara ini lama telah diletakkan di padang gurun untuk menikmati perjalanan terakhir mereka. Ia merupakan kawasan perkuburan kereta api gergasi yang penuh sesak dengan gerabak berongga dan tinggalan rangka enjin stim lama. Tanah perkuburan ini terletak di pinggir kawasan perdagangan Uyuni, iaitu kira-kira 3,670 m di atas paras laut.


3. Perkuburan Kapal - Mauritania


Bandar Nouadhibou adalah bandar kedua terbesar di Mauritania, dan merupakan salah satu lokasi tanah perkuburan kapal terbesar di dunia. Beratus-ratus kapal lama dan berkarat dapat dilihat di sekeliling kawasan ini termasuklah di dalam air, dan di pantai. Fenomena ini bermula pada tahun 1980-an selepas nasionalisasi industri perikanan Mauritanian, terdapat banyak kapal-kapal yang tidak lagi ekonomik akan ditinggalkan di sana. Pemilik kapal asing kemudiannya mendapati adalah sangat mudah untuk menghapuskan kapal-kapal lama mereka di teluk berkenaan.
 

4. Perkuburan Kereta Kebal Soviet - Afghanistan


Di pinggir Kabul, Afghanistan terdapatnya koleksi besar peralatan tentera yang ditinggalkan oleh pihak Soviet selepas gagal menguasai Afghanistan pada tahun 1970-an hingga 1980-an. Pihak Soviet telah meninggalkan Afghanistan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak mahu sebarang kenderaan yang rosak melambatkan proses pengunduran mereka. Oleh itu, ada sesetengah dari kenderaan tersebut ditinggalkan di sana. Afghanistan mempunyai beberapa kemudahan kitar semula, dan proses ini akan memakan masa yang lama, oleh itu segala kenderaan yang ditinggalkan ini akan menjadi monumen peringatan tentang pencerobohan tentera Soviet di sana.


5. Perkuburan Sauh - Portugal


Antara bukit pasir Pulau Tavira, di Portugal, ada yang dikenali sebagai Cemitério das Âncoras (The Anchor Graveyard). Ia dibina sebagai peringatan terhadap tradisi dalam menangkap tuna dengan jaring besar ("armações de Atum") dengan menggunakan sauh, satu teknik menangkap ikan yang telah dicipta oleh orang-orang Phoenicia. Tavira digunakan sebagai tempat yang dikhaskan untuk menangkap ikan tuna. Mereka membina tanah perkuburan ini untuk mengingati mereka yang terpaksa berhenti dari pekerjaan mereka apabila ikan-ikab besar meninggalkan pantai.


No comments:

Post a Comment