Kalau anda nak tahu kat mana terletaknya #5 hospital yang paling seram di dunia, jom baca
1. Athens Mental, Amerika Syarikat
Hospital ini terkenal dengan prosedur lobotomi yang mengerikan. Lebih daripada 1900 mayat tanpa nama digantikan nombor ditemui di tanam di bawah bangunan hospital ini. Yang anehnya, pihak hospital dikatakan telah merahsiakan identiti pesakit mereka. Hospital ini telah ditutup pada tahun 1993.
2. Beechwoth Lunatic, Australia
Pada awalnya hospital sakit jiwa ini dikenali dengan nama Mayday Hills Lunatic dan ianya telah dibuka selama 128 tahun sebelum berhenti operasi pada tahun 1995. Doktor di hospital ini dikatakan menggunakan pesakit-pesakit mental sebagai objek eksperimen gila mereka. Lebih daripada 9000 pesakit meninggal dunia termasuklah seorang gadis misteri yang dicampak keluar tingkap.
3. Hospital Lama Changi, Singapura
Terkenal sebagai salah satu tempat yang paling menyeramkan di Singapura, Hospital Lama Changi ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai kem penjara semasa perang dunia kedua. Roh-roh mereka yang mati ditangan Jepun dikatakan masih lagi mahu membalas dendam.
4. Nocton Hall, England
Nacton Hall awalnya merupakan sebuah rumah agam sebelum dijadikan hospital. Ada mitos mengatakan seorang hamba perempuan telah dirogol dan dibunuh oleh anak pemilik rumah agam tersebut. Kelibat wanita dalam imej spketrum juga sering muncul di dalam bilik hospital tepat jam 4.30 pagi.
5. Sai Ying Pun Psychhiatry Hospital, Hong Kong
Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Awalnya hospital ini merupakan tempat tinggal jururawat. Bangunan ini dikenali dengan nama Rumah Hantu High Street kerana terdapat banyak kisah seram tentangnya antaranya, suara wanita misteri menangis, roh-roh yang dipenggal berkeliaran di lorong menjadi cerita normal di sini.
No comments:
Post a Comment