Wednesday, 22 January 2020

5 Rumah Paling Berhantu Di Dunia

Sekiranya anda sedang berehat di rumah kemudian terdengar sesuatu bunyi yang begitu aneh serta objek yang berhampiran dengan anda bergerak secara tiba-tiba, apa yang akan anda lakukan? Perkara-perkara ini juga turut dialami oleh orang yang tinggal di rumah berhantu. Rumah-rumah ini juga dianggap rumah yang paling seram di dunia.

1. Dr. H.H. Holmes’s House, Amerika



Pada tahun 1885, seorang doktor yang bernama H.H. Holmes telah berpindah ke Englewood yang terletak di Chicago. Di sana, Holmes membina rumahnya sendiri. Di dalam bahagian rumahnya itu, Holmes menjadikan laluan seperti ‘maze’ yang dipenuhi dengan ruangan bilik dan setiap bilik dibuat dengan tujuan yang berbeza. Holmes juga dikenali sebagai salah seorang pembunuh bersiri yang terkenal di Amerika.

Di rumah ini, Holmes telah menculik mangsa dan kemudiannya membunuh mereka dengan begitu kejam. Mangsa Holmes yang terkenal ketika itu telah mencapai sehingga 200 orang. Pada 7 Mei 1896, dia telah dijatuhkan hukuman mati akibat perbuatannya itu. Begitu banyak mangsa yang terkorban di dalam rumahnya. Ia juga dihantui oleh roh-roh yang dikatakan telah menjadi mangsa Holmes. Akhirnya rumah tersebut dirobohkan pada tahun 1938.


2. Charleville Mansion, India



Terdapat sebuah bandar kecil di India iaitu Shimla. Di bandar itu terdapat sebuah rumah yang menakutkan iaitu Chaleville Mansion. Ia merupakan sebuah rumah yang paling berhantu di India. Tiada siapa yang mahu hidup atau tinggal di dalam rumah tersebut.

Ia dibina ketika zaman British pada tahun 1913. Setelah selesai, rumah itu telah disewakan kepada pegawai British iaitu Victor Bayley dan isterinya. Victor Bayley dan isterinya dikhabarkan telah menderita gangguan poltergeist di rumah itu. Beberapa barangan di dalam rumah itu telah bergerak secara sendiri walaupun tiada seorang yang berada di dalam rumah itu.


3. Myrtles Plantation, Amerika



Rumah yang dikelilingi oleh rumput hijau dan pokok-pokok rendang itu kelihatan cantik dan sejuk. Namun, imej yang cantik ini tidak berlaku di sebuah rumah di Louisiana, Amerika Syarika. Ia juga dikatakan salah satu rumah yang berhantu.

Myrtles Plantation merupakan sebuah rumah besar yang ditubuhkan pada tahun 1796. Rumah itu dibina untuk budak-budak dari Afrika yang terpaksa bekerja di sebuah kebun. Mereka juga telah diganggu oleh roh yang menjaga rumah tersebut. Malah, mereka juga sering terdengar piano yang berbunyi secara sendiri tanpa ada sesiapa yang bermain dan ternampak kelibat hantu di dalam rumah itu.


4. The Haunted Vicarage, Sweden



Sweden iaitu sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan suku Viking. Negara ini yang terkenal dengan keindahan dan damai juga turut mempunyai sebuah rumah yang menyeramkan buat orang ramai. Rumah yang menyeramkan ini terletak di Borgvattnet iaitu sebuah perkampungan yang sangat kecil.

Penduduk setempat itu menamakan rumah hantu tersebut sebagai Vicarage Haunted House. Rumah itu dijadikan rumah nombor satu paling seram di Sweden. Penduduk setempat juga mengatakan bahawa mereka sering terlihat beberapa kelibat hantu. Bermula daripada seorang wanita yang dilihat berpakaian coklat dan mempunyai suara yang menyeramkan serta objek yang dilihat bergerak secara sendirinya.


5. Mary Cerruti, Amerika



Pada tahun 2017, terdapat pasangan suami isteri yang telah membeli sebuah rumah di Houston, Amerika. Rumah itu kosong selama dua tahun kerana orang yang telah mengupahnya sebelum ini iaitu Mary Cerruti tidak pernah dilihat dan membayar sewa pada tahun 2015. Selepas disiasat, didapati banyak perkara aneh yang berlaku di dalam rumah itu.

Terdapat banyak bangkai yang berada di dalam rumah itu walaupun ia tidak berpenghuni. Justeru, penyewa juga menemukan tulang manusia di belakang dinding rumah. Rupa-rupanya tulang itu merupakan milik seorang wanita yang ternyata ialah Maria Cerruti. Sehingga kini, masih lagi tidak diketahui bagaimana Mary Cerruti boleh terperangkap di dalam rumah itu.

No comments:

Post a Comment