Wednesday 22 January 2020

5 Gambar Yang Mempunyai Nilai Yang Tinggi

Bagi orang biasa, gambar tangkapan dari kamera mungkin bernilai tidak lebih dari sekadar satu imej sahaja, tetapi bagi mereka yang tahu apa itu erti fotografi, gambar-gambar yang kelihatan biasa pada pandangan kita mungkin bernilai lebih jutaan ringgit..

Terdapat pelbagai aspek yang boleh membuatkan sesuatu gambar dijual pada harga yang mahal seperti sejarah, objek, nilai eksklusif dan banyak lagi..Jadi, tidak hairanlah jika gambar-gambar seperti di bawah ini boleh mencecah harga hingga jutaan ringgit..

1. Tobolsk Kremlin (2009) - US$ 1,750,000



Kremlin of Tobolsk adalah gambar yang diambil oleh Presiden Rusia sendiri. Gambar cetakan hitam dan putih Tobolsk Kremlin terjual pada nilai US$ 1.7 juta pada lelongan amal pada Januari 2010.


2. Billy The Kid (1880) Tintype Portrait - US$ 2,300,000

Billy The Kid (1880) Tintype Portrait - US$ 2,300,000

Gambar Billy ini terjual dalam sebuah lelongan pada harga sebanyak US$ 2.3 juta pada bulan Jun 2011, dari Brian Lebel's Old West Show and Auction. 130 tahun yang lalu, legenda penjenayah Billy the Kid telah membuat gambarnya di Fort Sumner, New Mexico, dalam gaya yang kini dianggap sebagai gambar yang paling dikenali di Amerika Barat.

Gambar tersebut merupakan satu-satunya gambar asli Billy the Kid yang wujud pada hari ini.


3. Untitled #153 (1985) - US$ 2,700,000

Untitled #153 (1985) - US$ 2,700,000

"Untitled # 153," merupakan sekeping gambar yang diambil pada tahun 1985 oleh Cindy Sherman, dan terjual sebanyak US$ 2.7 juta pada November 2010, di Phillips de Pury & Co di New York, satu rekod lelongan untuk artis berkenaan.


4. The Pond-Moonlight (1904) - US$ 2,928,000

The Pond-Moonlight (1904) - US$ 2,928,000

The Pond-Moonlight adalah gambar pictorialist oleh Edward Steichen. Gambar ini telah dibuat pada tahun 1904 di Mamaroneck, New York.

Gambar ini mempunyai kolam di dalam hutan, dengan bahagian bulan yang terdapat di kaki langit di jurang dalam antara pokok-pokok. Ia telah terjual lebih daripada US$ 2.9 juta di Sotheby, New York pada Februari 2006.


5. Los Angeles, by Andreas Gursky (1998) - US$ 2,900,000

Los Angeles, by Andreas Gursky (1998) - US$ 2,900,000

Los Angeles merupakan gambar yang diambil oleh Andreas Gursky. Ia merupakan hasil karya ketiga yang mendapat nilai lelongan tertinggi iaitu sebanyak US$ 2.9 juta untuk gambar panorama lampu di Los Angeles. Ia telah dijual di Sotheby, London pada bulan Februari.

No comments:

Post a Comment