Terletak di tangga teratas senarai adalah hobi menunggang kuda. Logiknya, wang banyak perlu dilaburkan untuk disalur kepada sesi latihan menunggang, bayaran kuda, teknik, peralatan dan barang lain berkaitan.
2. Kumpul Hasil Seni
Lukisan antara karya seni yang agung dan mempunyai nilainya tersendiri apatah lagi ia hasil sentuhan pelukis ternama. Sebagai pengumpul karya seni, anda perlu wang yang banyak dalam bank untuk menambah koleksi sedia ada. Setiap hasil seni dijual atau dilelong pasti dibida dengan harga tinggi. Sebagai contoh, lukisan pelukis Jackson Pollock yang dilelong terjual dengan nilai lebih AS$140 juta (RM420 juta). Begitu juga dengan koleksi barangan lain seperti jam, kasut dan sebagainya.
3. Terbang
Sesiapa pun pasti sukakan pemandangan dari atas langit. Hobi terbang dengan menaiki pesawat disewa pastinya perlukan perbelanjaan besar. Dianggarkan kos sewa pesawat dan keseluruhannya membabitkan AS$20,000 (RM60,000). Perlu mempunyai lesen juruterbang, tahu teknik dan kemahiran lain pastinya memakan belanja tinggi. Hal ini turut membabitkan sukan paragliding dan seumpamanya.
4. Lumba Kereta
‘Drag Racing’ atau difahamkan dengan perlumbaan kereta di trek pastinya memakan modal besar. Bergantung kepada jenis trek pilihan, makin berkualiti permukaan trek makin laju kereta anda boleh dipandu hingga ada ketika boleh mencecah 300 mph. Jika memilih kereta jenis balapan, setidak-tidaknya memerlukan AS$150,000 (RM450,000) untuk memiliki kereta siap sedia untuk berlawan.
5. Belon Udara
Hobi ini mungkin lebih tenang berbanding lumba kereta tetapi modal perlu dikeluarkan tidak jauh berbeza. Dianggarkan untuk mendapatkan sebiji belon udara bernilai AS$45,000 (RM135,000) kerana lebih puas hati jika terbang menggunakan belon sendiri. Walaupun tidak serumit kapal terbang namun hobi ini memerlukan peminatnya belajar terlebih dulu cara menerbangkan belon dan mengawalnya. Sebanyak AS$35,000 (RM105,000) diperlukan lagi untuk pembiayaan terbabit.
No comments:
Post a Comment