Tuesday, 21 January 2020

5 Tempat Menakutkan Di Malaysia

Tahukah anda dimanakah tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan dari dulu sehingga sekarang? Tak dapat dinafikan lagi Malaysia ini juga tak kurang seramnya sekiranya anda terajui semua tempat-tempat bersejarah atau yang terbiar lama.  Mungkin anda juga pernah ke tempat misteri ini, mari kita lihat 5 tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan.

1.Highland Towers


Highland Towers terkenal dengan kisah sejarahnya dimana tragedi bangunan runtuh yang paling tragis telah berlaku disini. Bangunan Highland Towers adalah sebuah pangsapuri 12 tingkat iaitu Blok A, B dan C. Kejadian bangunan runtuh yang telah mengorbankan 48 nyawa ini telah terjadi pada 11 Disember 1993. Mungkin anda masih kecil atau belum lahir lagi pada waktu itu.
Ramai kumpulan individu dan persendirian yang mengambil peluang untuk meneroka dan menyelami mistik yang berlaku dalam bangunan yang bertahun lamanya terbiar itu. Ramai yang terganggu dan pernah dirasuk di situ sehingga ada yang membuat kisah benar dari sana secara live. Ada juga kes pemandu teksi yang membawa penumpang untuk turun ke situ dan akhirnya si penumpang berkata, dia mahu ke sana untuk mengambil kaki dan tangannya yang tertinggal!

2. First World Hotel, Genting Highlands

tempat misteri di malaysia

100% rakyat Malaysia bersetuju dan kuat mengatakan bahawa First World Hotel, Genting Highlands ini merupakan tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan. Penginap seringkali diganggu dan melihat banyak entiti aneh di sini. Paling teruk lagi, penginap yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba.  Khabarya, ramai individu telah membunuh diri setelah kalah dalam aktiviti judi di Kasino. Kadang-kadang, anda mungkin akan terbau colok yang merupakan makanan entiti tersebut.
Terdapat 6118 jumlah bilik disini tetapi beberapa penghuni bilik-bilik ini juga terdiri daripada makhluk entiti sehingga pihak hotel turut mengosongkan bilik tersebut walaupun jumlah pengunjung ketika itu adalah amat ramai.  Jika bilik tersebut digunakan, mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku. Untuk pengetahuan anda juga, aras 21 dikatakan mempunyai penunggu malah lift sememangnya tidak pernah berhenti di aras tersebut.

3. Tambun Inn, Ipoh

tempat misteri di malaysia

Tak sampai hati nak menginap di tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan ini jika anda telah mengetahui kisahnya.  Tambun Inn adalah sebuah hotel yang sering diganggu dengan kerap. Ia terletak di Tambun, Ipoh Perak. Bukan sahaja anda yang menginap disini sering  diganggu tetapi sesiapa melintasi kawasan hotel ini juga akan merasa pelik dan mengalami sesuatu yang misteri.
Antara perkara seram yang pernah berlaku adalah kenderaan mereka yang melalui kawasan ini akan terasa berat secara tiba-tiba.  Penginap di sini pula pernah mendengar tangisan, bisikan dan jeritan seseorang tetapi tidak tahu siapa. Hotel ini juga selalu mengalami perkara menakutkan seperti suis lampu dihidupkan dan dimatikan secara tiba-tiba. Yang paling tak dapat dilupakan, ada penginap yang tidur di bilik lain tetapi bangun di bilik lain. Hotel Tambun Inn, Ipoh yang terletak berhampiran jerat cina ini sememang misteri.

4. Penjara Pudu

tempat misteri di malaysia

Penjara Pudu terkenal sebagai tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan terutamanya dalam kalangan pekerja penjara serta anak muda yang sering berurusan atau singgah di sana. Ramai sering terdengar bunyi jeritan dari bilik perlaksanaan hukuman gantung sedangkan tiada sesiapa dalam bilik tersebut.  Memasuki sebahagian kawasan penjara Pudu ini, anda akan merasa seram sejuk dan meremang bulu roma secara tiba-tiba.
Untuk pengetahuan anda, Penjara Pudu yang merupakan kem tahanan perang oleh pihak Jepun suatu masa dahulu pada era kolonial British ini mempunyai tahanan yang ramai sehingga 2000 orang tahanan.  Jika anda masih ingat, Botak Chin turut merupakan tahanan disini dan telah dihukum gantung pada 1981. Pada tahun 2009, Penjara Pudu ini dirobohkan kerana pihak terlibat akan membangunkan sebuah pusat komersial di sini.

5. Kellie’s Castle, Perak

tempat misteri di malaysia

Ramai yang berlagak tidak takut, namun tahukah anda Kellie’s Castle merupakan tempat misteri di Malaysia yang amat terkenal dan menakutkan. Ia adalah bangunan rumah istana yang terbengkalai yang dibina oleh William Kellie Smith untuk dihadiahkan kepada isteri dan anaknya. Dari tahun 1915 ia dibina, sehingga sekarang bangunan ini tidak siap dan dijadikan ruang bersiar-siar untuk melihat sejarahnya.
Anda boleh melihat bilik dan ruang rahsia dalam kawasannya. Dengar khabarnya, seorang kanak-kanak telah ditemui mati disini dan sejak itu, suara jeritan sering kedengaran dan pintu sering tertutup sendiri disini.

No comments:

Post a Comment