Tuesday, 21 January 2020

5 Stesen Berhantu Di Dunia

1. Stesen Waterfront
    Kanada

Waterfront Station Canada

Stesen ini terletak di Gastown, Vancouver dan masih digunakan sejak ia mula dibina pada tahun 1915. Namun, ia dikatakan sebagai salah satu bangunan paling berhantu di bandar tersebut.

Seorang pengawal keselamatan pernah melihat seorang wanita sedang menari-nari dengan iringan muzik pada tahun 1920an. Ketika dia mendekati wanita tersebut, tiba-tiba sahaja wanita tersebut hilang dan muzik terhenti.

Seorang lagi pengawal keselamatan pernah terserampak hantu seorang wanita tua yang datang kepadanya namun kali ini pengawal itu pula yang melarikan diri.

Malah, pernah juga berlaku kejadian misteri apabila meja-meja dipejabat yang tersusun dengan sendiri dan menghalang pengawal keselamatan daripada keluar dari biliknya.


2. Stesen Kereta Api Glen Eden
    New Zealand

Glen Eden Station New Zealand

Stesen ini terletak di Auckland Barat ialah sebuah stesen yang mempunyai kaitan dengan tanah perkuburan kerana pembinaannya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada Tanah Perkuburan Waikumete. Ia digunakan untuk membawa mayat-mayat serta keluarga mereka ke kawasan perkuburan berdekatan pada hari ahad.

Kafe yang baru dibuka di stesen itu pada tahun 2001 menyaksikan para pekerja melihat kelibat hantu yang kisahnya sudah diketahui umum.

Kisah ini adalah tentang seorang pekerja stesen kereta api bernama Alec MacFarlane yang terbunuh pada 11 Januari 1924 ketika satu cangkuk dari beg surat dari sebuah kereta api sedang bergerak telah terlekat di antar kedua matanya.

Mereka mempercayai yang Alec ialah hantu tersebut dengan janggut berwarna kelabu.


3. Stesen Metro Panteones
    Mexico

Panteones Metro Station, Mexico

Stesen di Line 2 yang menyambungkan Mexico City mempunyai pelbagai cerita menarik. Namanya itu membawa maksud 'tanah perkuburan' kerana ia dibina berdekatan dengan dua tanah perkuburan lama.

Dalam terowong di antara Panteones dan Tacuba, kelibat hantu dikatakan akan mengetuk dinding pada waktu malam.

Terdapat juga sebuah video menunjukkan para jurutera kereta api di situ terdengar jeritan yang kuat di sepanjang trek kereta api. Dalam video tersebut, jeritan itu boleh didengar pada saat ke 22, 55 dan 58. Jeritan itu sebenarnya seringkali didengar terutamanya apabila stesen itu ditutup pada waktu malam.



4. Stesen Kereta Api Macquarie Fields
    Australia

Macquarie Fields Train Station, Australia

Stesen kereta api pinggir bandar ini terletak di New South Wales, Australia dan pada dasarnya ialah sebuah stesen yang senyap dan menyenangkan. Namun, biasanya pada lewat malam, kelibat hantu remaja perempuan akan berlegar-legar di stesen itu dan kelibatnya pernah dilihat oleh orang ramai.

Dia akan berjalan sambil menjerit-jerit yang mana jeritannya akan menjadi semakin kuat. Dia berpakaian dalam pakaian menari dengan dadanya dipenuhi darah. Dia juga akan duduk di stesen itu sambil memandang ke depannya dan akan mengeluh dan mengeluarkan pelbagai bunyi.

Stesen itu turut mendapat perhatian pihak Ghost Haunting Australia yang berjaya mengambil gambar kelibat yang memerhatikan mereka.


5. Stesen MRT Bishan
    Singapura

Bishan MRT Station, Singapore

Sebenarnya terdapat beberapa buah stesen MRT di Singapura yang dikatakan berhantu, namun stesen ini adalah yang paling terkenal dengan kisah hantu. Ia dibina di bekas tapak tanah perkuburan Bi Shan Teng, kisah-kisah mengenai hantu mula kdengaran sejak ia mula dibuka pada tahun 1987.

Satu lagi stesen berdekatan, Novena turut dibina ditapak perkuburan dan juga telah keluar dengan cerita-cerita hantu sejak ia mula dibuka. Seorang wanita yang sedang meninggalkan kereta api pada tahun 1990an telah pitam dan apabila ia sedar, dia memberitahu bahawa dia telah ditarik oleh tangan yang tidak kelihatan ketika ingin keluar dari kereta api itu.

Para pekerja di stesen itu pula pernah menyaksikan pembawa keranda berjalan-jalan di trek stesen tersebut. Ada yang ternampak kelibat orang yang tidak mempunyai kepala, penumpang hantu dan sebagainya di sekitar kawasan stesen tersebut.

Turut tidak ketinggalan menambahkan misteri ialah orang ramai yang menaiki kereta api turut mendengar bunyi orang berjalan-jalan di atas bumbung kereta api yang sedang bergerak.

No comments:

Post a Comment