1. Sultan Abdul Hamid College (SAHC), Kedah (1908)
Antara sekolah terawal yang ditubuhkan di Malaysia, Sultan Abdul Hamid College yang kini berusia 109 tahun adalah sekolah Inggeris pertama di Kedah. Sekolah berprestij ini pada asalnya merupakan bangunan kayu yang terletak di antara Mahkamah Tinggi Alor Setar dan Balai Nobat di Jalan Baru (sekarang Jalan Putra).
Sebelum dijadikan sekolah, bangunan kecil ini merupakan pejabat Ketua Menteri Kedah iaitu Wan Md Saman, individu yang bertanggungjawab memperbaiki sistem air di Alor Setar menerusi pembinaan terusan. Pada awalnya, sekolah ini hanya mampu menempatkan tidak lebih 50 orang pelajar.
Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah ini adalah Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama ), Tun Dr. Mahathir (Perdana Menteri Ke-4), Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan ramai lagi.
2. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak (1905)
Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang kini berusia 112 tahun merupakan sekolah berasrama penuh pertama di Malaysia. Ditubuhkan pada 2 Januari 1905, sekolah ini awalnya dikenali sebagai Malay Residential School of Kuala Kangsar.
Sekolah ini adalah hasil buah fikiran R J Wilkinson, seorang pemeriksa sekolah untuk Federated Malay States (FMS). Dalam suratnya yang bertarikh 24 Februari 1904, beliau menulis tentang penubuhan sebuah sekolah demi pendidikan masyarakat Melayu dan mendidik mereka untuk kemasukan ke perkhidmatan awam kerajaan.
Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggaan warga MCKK adalah Tun Razak (bekas Perdana Menteri), Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bekas Timbalan Perdana Menteri) dan banyak lagi.
Kini dikenali sebagai SMK Convent Bukit Nanas, sekolah yang berusia 118 tahun ini diasakan oleh sekumpulan biarawati yang dikenali sebagai 'The Sisters of the Holy Infant Jesus'. Mereka adalah Mother St. Andre, St. Sabine dan Sr. Madeline dari Singapura dengan niat untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak.
Pada 16 Disember 2008, Pos Malaysia telah menghadiahkan empat set premium stem peringatan sebagai saguhati untuk sekolah Premier yang berstatus tinggi dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti kurikulum tambahan.
4. Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur (1893)
Kejayaan Raffles Institution di Singapura telah memberi sumber inspirasi kepada penubuhan Victoria Institution (VI) di Malaya pada 1893. Kini berusia 124 tahun, sekolah ini telah dibuka secara rasmi ketika penjajahan British pada Julai 1894 di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Sekolah ini dinamakan bersempena dengan Queen Victoria di United Kingdom untuk memperingati ulang tahun kelahiran ke-50.
5. SMK St. Teresa, Sarawak (1885)
SMK St. Teresa adalah sekolah menengah perempuan di Kuching yang kini telah berusia 132 tahun. Reverend Father Jackson telah dijemput oleh Rajah Charles Brooke untuk menubuhan sebuah sekolah Katolik di daerah Kuching dan Kanowit.
Dia menamakan sekolah itu untuk mengenang seorang Carmerlite sister, St Teresa, yang dilahirkan di Sepanyol, dari keluarga hartawan dengan nilai moral yang tinggi. Namun, beliau memilih untuk melepaskan segala harta benda dan menjadi seorang biarawati.
No comments:
Post a Comment